SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, May 31, 2013

MELAKA : MUZIUM KAPAL SELAM & PANTAI KLEBANG

Assalamualaikum.. selamat sejatera.


yeayyyy!! mood da kembali pulih utk blogging. TQ awak sebab bg semangat kat saya. hahaha


OKla, kali ini entry yang nanie nak share ialah tentang lokasi perlancongan untuk pelancong tempatan / oversea yg patut singgah kalau pergi MELAKA.


***********************


MUZIUM KAPAL SELAM, PANTAI KLEBANG


Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ... 


  

Waktu Lawatan

9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis

9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad


Sejarah semua dia ada cerita atas notice board. Bila nanie buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. 



Rugi tak datang wooo, macam2 ada. Bila masuk dalam kapal selam tu, baru lah kita tahu kehidupan mereka. Serius macam2 ada. boleh tengok tempat tidur, dapur, bilik meeting, dan lain-lain. Pengalaman yg tak boleh dibeli dengan wang ringgit $$


Gambar kenangan WAJIB ada, apa lagi kenangan BFF dari sekolah menengah sampai sekarang. Alhamdulillah, terima kasih Allah, korang memang best ^_^


Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye.. 06-282 6526

******************************

Next, lepas da melawat tempat sejarah, kitaorang pun terus tak lepaskan peluang main pasir dan tangkap gambar kenangan kat Pantai Klebang. Dekat je dari muzium tu, memang syok arrrr angin sepoi2 bahasa gitu. hehe

PANTAI KLEBANG



Time kitaorang pergi cuaca Alhamdulillah. Jadi bermula sandiwara drama tamil kat tepi pantai. hahaha main tarik2 tangan pulak da :p



GAMBAR WAJIB!! 4 sekawan yg memang sempoi and happening :)




Ada banyak gambar lagi, tapi malas la nak upload, cukupla jadi kenangan abadi diri sendiri dan kawan2..

p/s next entry, nanie nak update ada lagi satu tempat yg patut pergi kalau datang MELAKA. stay tune, tunggguuu !!



Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails