SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, January 26, 2017

#TRAVEL VIETNAM - TIPS SHOPPING MURAH DI HO CHI MICH (PERCUTIAN KELUARGA)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

ENTRY PERCUTIAN KELUARGA KE VIETNAM - TEKAN SINI


Kalau di tanya nanie berapa duit nak bawak eh.. berapa duit nak tukar ehh... Nanie tidak dapat bagi jawapan yang tepat kerana jumlah duit yang di bawa bergantung kepada tempoh masa berada di sana kerana masing-masing lebih tahu berapa budget yang di perlukan.

Masing2 ada list barang yang nak beli. Tak pun, masing2 nafsu makan dan membeli belah yang berbeza. Tapi apa yang nanie nak kongsikan hari ini ialah TIPS SHOPPING MURAH DI VIETNAM

************************************

# TIPS 1

Bawa duit pelbagai currency, bukan duit Vietnam Dong je tau.Korang kena faham macam mana currency converter kat sana. Semua barang kat sana boleh bayar pakai RM,USD atau VND. Tapi rugila kalau nilai kecil, korang bayar pakai USD. Kebanyakan Malaysian pakai USD sebab malas nak berkepuk-kepuk tebal bawa Dong.Meh sini nanie nak share tips nye.



Ringgit Malaysia (RM)

  • Amat berguna untuk membeli pakaian  di Pasar Ben Thant dan Malaysia Street. Tapi ingat,  tak semua penjual terima RM di sana. Tanya sebelum beli.
  • Untuk beli cenderamata, tshirt dan barangan lain di pasar malam 
US Dollar (USD)

  • Untuk bayaran pakej tour 
  • Untuk bayaran spa, medicure,pedicure.
  • Untuk bayaran hotel.
Vietnam Dong (VND) 

  • Duit Tips - ala maybe nak bagi pada bell boy ke, pemandu van ke.
  • Untuk makan-minum. *Makanan di Vietnam adalah MAHAL jika berbanding di Malaysia dan barang-barang shopping seperti kain, tudung dan segala bagai jauh lebih murah dari Malaysia. 
# TIPS 2

Sila download currency converter dalam HP masing-masing. Tak pun, kalau korang nak currency converter macam nanie, korang bole request ke nanie_nakata@yahoo.com atau komen je kat entry ini.



# TIPS 3

Kalau tak nak beli - tak yah tanya harga langsung, tanya harga hanya bila serius nak beli dan bersiap lah untuk tawar gila-gila - tawar lah mengikut logik korang... kalau tudung ke telekong biasa2 dia letak harga sampai RM150 memang merapu lah kan... korang tawar 50% - 70% discount... 

kalau dia marah, marah lah.... korang kena jual mahal sikit, sebab dia nak duit kita. Kalau dika tak kasi, korang gerak je dari kedai tu. Biasanya lepas customer berikan harga mereka - peniaga akan counter balik harga tu.. let say korang mintak RM50 ke RM60, dia akan minta RM70.... korang tawar lah sehingga rasa logik dan masuk akal....  kalau tak dapat jugak - angkat kaki. Customer Always Right!!

# TIPS 4

Korang perlu tahu juga tempat shopping yang ada di sana kan... kalau tak rugi lah datang jauh-jauh tapi hanya semata-mata ke Pasar Bent Than sahaja sedangkan banyak lagi tempat shopping yang boleh di terjah.

Jangan lupa explore di kawasan luar pasar.... ada kemungkinan akan dapat harga yang lebih murah di sana Tapi macam biasa kena tetap kena tawar menawar.
  • Saigon Square
  • Deretan kedai district 1
  • China Town
  • Taka Plaza
  • Russian Market - jual winter coat
  • Kedai menjual alat-alat sukan
Recommendaton shopping di sini.
  • Kedai Lyna - seluar jeans di Pasar malam - entry ini

Seluar Jeans yang selesa dan buat nanie happy shopping..
  • Linda Wholesale - kedai murah Jubah / baju kurung / blouse
Recommend datang sini sebab kedai dia ada jubah dan baju kurung yg up to date. Harga bawah RM50 pun ada. Fuyoooo
  • Kedai Thug Duoc - kedai kain pasang /lace
Recommended untuk datang kedai Thug Duoe di area Ben Thant.
kami borong kain baju raya sedondon. Cantik dan kualiti.

- Barangan Sport




Kami cari barangan sukan di jalan Huyền Trân Công Chúa, Kawasan ni ada deretan kedai yang jual semua barangan sport dari kasut, baju sukan, alatan sukan dan macam2 lagi. Tapi kebanyakkan kasut sukan bukan gred A, kualiti biasa2 sahaja walaupun di cap jenama terkenal seperti adidas dan nike. Tapi murah la. So kalau nak shoping kawasan ini biasanya orang beli alatan sukan seperti raket tennis, kasut roda dan macam2 kecuali kasut tu kurang sikit la. Kebanyakkan barangan tiruan kat vietnam ni, ada juga yang original kalau masuk butik yang ori. Tapi biasanya orang cari yang gred A sebab kualiti dan meterial yang digunakan adalah sama dengan yang ori. 

# TIPS 5

Jika rasa duit Dong tidak mencukupi sebab terlebih shopping, jangan risau dan gundah gulana kerana ada Money Changer yang terletak betul-betul di simpang jalan untuk ke pintu masuk pasar bent thant..

# TIPS 6

Selepas shopping mesti korang akan pening macam mane nak angkut bawak balik naik flight kan. So, jalan penyelesaiannya ialah korang jangan bawak beg tarik  penuh satu beg, korang boleh bawa lah beg yang boleh beranak dengan sendirinya.. atau pun korang selit dan susun secara profesional ye hehehe.. 

Nanie nak share gambar family nanie ketika shopping..



Kedai yang selesa dan membuatkan duit poket kami semakin menipis. haahaha
dalam perjalanan nak ke Linda Wholesale. We are happy family
Bagi yang tak shopping, boleh duduk dan enjoy wefie. hihi




KESIMPULAN 
Nanie spent less than RM 1000 di sana. Sememangnya shopping kat sana kena ada list. Macam nanie apa yg banyak nanie borong ialah kain pasang, kain cotton, kain cotton Vietnam, kain sutera vietnam, Tudung, telekong dan souvenir.

Datang Vietnam, kalau tak shopping x best la trip korang. Even mak nanie yg berkerusi roda pun enjoy shopping di Vietnam. hihi

 Semoga tips ini berguna untuk korang.



Selamat berbelanja di Ho Chi Minh.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, January 3, 2017

#TRAVEL VIETNAM - 13 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE HO CHI MINH (PERCUTIAN KELUARGA)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Selamat Datang ke 2017..
Alhamdulillah.. 

Baru je nanie pulang dari Vietnam last two week (24 Dec hingga 27 Dec) So, sementara ingatan pasal Vietnam ni masih segar di kepala, nanie ada beberapa tips dan juga nasihat untuk orang yang nak travel ke Vietnam ni. Hihi


TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE VIETNAM
1. Flight ticket dan Passport
Pergi ke Vietnam tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Untuk elakkan tertinggal atau terlupa bawa bila sampai di airport, apa kata korang letak siap2 passport dalam travel bag. Bila sampai masa travel, pack your bag, bring your passport and go!!!

TIPS : Pastikan
  • Passport tamat tempoh sebelum 6 bulan dari expired date
  • print resit pembayaran flight, sebab ada nombor booking.
  • print out tiket pergi dan balik untuk kegunaan check in di kaunter nanti.
  • Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap. 
Nanie pergi ke Vietnam naik MAS - Malaysia Airline sebab ada luggage 30kg per person.
2.Transport ke Hotel / Pasar Ben Thant

INFO
Bila tiba di  airport :

Ada 2 pilihan untuk pergi ke pasar Ben Thanh:
Taxi: Vina Sun Taxi , tolong ambil Taxi Vina Sun only. Sebab ini best Taxi Di Vietnam.
Bas:  Naik bas Airport ke City Center.  Bas ini sangat cantik dan besih macam Bas di KL atau Singapore. 20.000 Dong seorang termasuk luggage (RM 4) untuk pergi Ben Thanh market , driver dan Pembantu Bas boleh cakap speaking English.







3. Imigresen Vietnam Strict / Muka Ketat
Apabila korang masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, korang akan bertemu dengan pegawai yang macam nak makan orang. 

TIPS : 
Pergi - Pastikan korang tahu nama hotel dan alamat hotel. Sebab mana tahu korang kena tanya dengan pegawai. Takdelah korang terpinga-pinga kat imegresen nanti. 
Balik - Bila nak balik, korang akan di minta buka kasut. Jadi jangan terkejut pula, memang pelik tapi benar. 
4. Hotel

Kalau korang nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di area dekat dengan makanan halal. Sebab senang kalau nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Restoran Al-Amin, Restoran Usman, Restoran Aysah.

Tips : Sila booking bilik hotel di Malaysian Street. Contoh, Blessing 1 Hotel , Hotel Saigon Pink 2, sila print siap-siap nama hotel dan berikan pada semua family jika ada kecemasan, hanya boleh tunjuk je kertas tu.

5. Perlu ke tour guide?

Tour guide perlu  jika korang pergi ramai / dalam family. Macam nanie, segalanya diuruskan oleh tour guide dari A TO Z, takde keluar satu sen pun pun memandangkan mak nanie berkerusi roda. Sememangnya nanie puji tour guide ini, susah nak dapat yg boleh jaga kebajikan orang berusia dan makan minum memang terjaga. 

6. Restoran Halal.


Sebenarnya, kat Vietnam ni, banyak jer halal food. So, korang takyah susah hati yer. Kalau kedai ada sign halal tu korang masuklah. Tapi korang kena bersiap sedia dengan HARGA makanan di sini. MAHAL sangat. Bayangkan roti canai dan teh tarik bersamaan harga RM22. Mahal ke tak?

Jadi kalau rasa macam tak larat nak makan mahal macam tu, better bawa lah makanan maggi ke, sup Kimball ke, roti ke, minuman 3 in 1 ke, jimatlah duit korang.

Macam nanie, fully sponsored termasuk dalam harga pakej. Sampai tak sempat lapar, asyik makan dan minum je sepanjang masa. hahaha


kalau datang Vietnam, sila cuba Pho Ayam atau Pho Daging. Yang penting HALAL ^_^

7.  Kopi Vietnam

Jangan lah lupa nak mencuba Kopi Vietnam , Ya Allah macam ketagih dibuatnya pagi petang siang malam asyik beli je. Harga pun tak mahal, RM3 je secawan. Pekat, manis, sedap dan berbaloi2. 


Kalau datang Vietnam, sila cuba Vietnam Coffee. Cuba cari penjual ini sebab dia murah dengan senyuman dan pemurah. Setiap hari nanie beli, sampai 5 cawan dia kasi FREE. Semoga murah rezeki


8. Universal Adapter

Yang ni korang kena bawak kalau korang pegi bercuti oversea. Power voltage di Vietnam lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai eletrik atau Mr DIY. Siapa yang jenis selalu pergi oversea biasanya dah beli universal adapter. 

TIPS : Setiap sorang bawak satu adapter. Nak lagi best, bawalah extension plug sebab boleh kongsi nanti sebab smart phone sekarang kan  selalu habis bateri. hehe





9. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa Panadol Actifast, pelekat Salonpas untuk sakit pinggang dan sakit kaki, ubat cirit birit, tiger balm, ubat klinik (demam, selesema, batuk). Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

Lagi-lagi pergi dengan family, mesti ada anak atau adik yang sakit perut, salah makan ke, cirit birit, jadi better kita sediakan awal2 dari Malaysia.


10. Tukar Duit ke Vietnam Dong / USD / RM
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Vietnam Dong / USD di Malaysia. Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. 

Kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi



11. Shopping 

Tolong tolong Tolong tawar dengan penjual. Kalau rasa tak reti tawar, korang pergilah ke Malaysian Street. FYI, kadang-kadang  area Ben Thant tu harga T-shirt atau fridge magnet sampai 2 kali ganda mahalnya. 
Contoh paling mudah : Tshirt kat Night Market jual RM8, tapi dalam Ben Thant dia cekik harga dalam RM10-RM15 sehelai. Rajinkan diri survey dulu sebelum membeli ye.

TIPS 
1) Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
2) Nanti nanie share satu kedai kain, yang nanie rasa selesa dan mudah untuk shopping berbanding dalam pasar Ben Thant yang serabut.



12. Kasut yang selesa
High Heel, maafkan.. lupakanlahhhhh.. kalau korang tak nak merana separuh jalan tapi kalau dare to die pakai ajer lah. InsyaAllah, confirm di pertengahan jalan korang akan beli / tukar kasut lepas tu. 

Nanie pakai sport shoes / sneakers jer senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama ketika ''shopping'' kihkih

13. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Vietnam.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Vietnam, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

Maybank - Credit Card Centre
For enquiries, call 1-300-88 6688 
Credit Card Centre at 03-7953 8610 (Platinum/Premier) 
Credit Card Centre at 03-7953 8600 (General/Gold & Classic).

CIMB - Credit Card Centre
For enquiries, call 1 300 885 300 (Local)Credit Card Centre at +603 2295 6888 (Overseas)

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk pengaktifan. 

 ********************************************

Bercuti dengan keluarga dapat berkongsi kegembiraan dan cipta momemnt indah bersama. Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong.  Insyaallah Allah permudahkan.



Next entry, nanie akan share tour guide yang terbaik di Vietnam - tunggu next update tau.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, January 1, 2017

TRAVELING, HOBI TERBAIK YANG BUKAN SEKADAR JALAN-JALAN

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

SELAMAT TAHUN BARU 2017


Hari ini nanie nak kupas tentang satu perkataan H-O-B-I


Ada  pendapat cakap melancong atau travel ni dikategorikan sebagai ‘Expensive Hobby’



betul ke? 


Sebenarnya apa yg penting kena tepuk dada tanya hati. Apa sebenar yg kita nak dalam hidup? 

Ada org dia pergi travel atau melancong sebab nak berehat dan dapat ketenangan. Itu sebab dia travel

Ada orang dia pergi travel atau melancong sebab nak  melihat dunia baru dan gali apa yg ada dalam muka bumi Allah ini.

Ada orang yg dia pergi travel atau melancong sebab nak cari jodoh atau nak cari kawan baru. Luaskan jaringan sosial. Alaaa sambil menyelam minum air. Tak salah janji masih single and available. Hihi

INI adalah kompilasi beberapa gambar favourite nanie sepanjang travel

Bila travel, kita dapat merasai kecanggihan teknologi dunia, contoh keretapai terlaju di dunia (Bullet Train)

Bila travel, kita dapat tengok keindahan flora dan fauna. Contoh macam ni, dapat lihat BUNGA TULIP depan mata.
Bila travel, kita dapat melihat keindahan ciptaan Ilahi sepeti Gunung Fuji

Bila travel, kita dapat menjadi ceria dan gembira seperti kanak-kanak riang,, contohnya dapat spend time di Disneyland 

Bila travel, Kita dapat merasa nikmatnya kesejukan salji, sejuk tapi besttttt!!
Bila travel, kita dapat mengenali karakter kawan2 dengan lebih dekat. Erat silaturahim gituuu

Secara kesimpulan tentang travel

Lain org lain perspektif. 
Lain org lain pendapat. 
Lain org lain nawaitu.

Tepuk dada tanya poket dan tanya minat masing-masing.



Salam perkenalan dari penulis blog ini,
Nanie 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, December 29, 2016

TEMPAT MENARIK YANG WAJIB DILAWATI DI SINGAPORE..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Nanie rasa terpanggil nak share informasi tentang Singapore. Ramai  yang tanya dan email tentang tempat wajib kalau pergi Singapore

Jadi tak salah nak kongsi pengalaman dan informasi utk korang.


Sharing is caring..

*********************************

Orchard Road

Siapa yang tak tahu Orchard Road. Ini adalah pusat shopping paling terkenal di Singapura. Rugi trip korang kalau tak singgah di Orchard Road.

Orchard Road juga disebut-sebut sebagai syurga belanja untuk shopaholic. Di sepanjang Orchard Road, korang boleh melihat ada banyak shopping complex yang menjual macam2 barang fashion yg sememangnya terkenal. 


Gambar ketika menjelang Christmas. Thats why korang wajib datang Singapore time perayaan. CANTIKNYEEEE
Beberapa shopping complex yang ada di kawasan Orchard adalah ION, Metro, Tang Plaza, Isetan, I Wanna Go Home, Takashimaya, dan Tanglin Shopping Centre, The Paragon dan macam2 lagi laa.. Tak terkira banyaknyaaa.

Cara ke Orchard

1. Naik MRT jalur hijau dan turun di City Hall
2. Dari stesen City Hall, pindah ke jalur merah dan berhenti di Orchard atau di Somerset
3. Dari stesenOrchard / Somerset terus berjalan kaki menuju Orchard




***********************

Lucky Plaza

Lucky Plaza ada di area Orchard Road, Apa yang menarik di sini ialah adalah tempat nanie borong original perfume. Kenapa? Sebab harganya jauh lebih murah jika di bandingkan dengan harga di Malaysia. 




Selain itu, kat sini bukan jual perfume je, dia ada juga beli souvenir yang menjual t-shirt, keychain, magnet dan souvenir yg unik dan murah. Memang kebanyakan orang Malaysia yang belanja souvenir akan singgah kesini.



Cara ke Lucky Plaza: 
1. Naik MRT jalur merah menuju Orchard Station (NS22)
2. Menyeberang jalan, dan jalan ke arah kanan. Lucky Plaza ada di sebelah Tang’s Shopping Centre.


Nanie ada beli perfume dalam gambar ni. Cuba teka yang mana satu? jeng jeng jeng..
*********************************

Marina Bay

Marina Bay Sands ini yang menyatukan shopping mall, kasino, hotel, meeting room, laser show dan tempat pertunjukan menjadi satu tempat yang sangat cantik..



Di sini dilengkapi dengan pelbagai retailer dan restaurant berkelas international menjadikan tempat ini merupakan pusat shopping mewah  yang terbesar di Singapura.

Kalau korang memang kaki branded, boleh dapatkan koleksi mewah dari berbagai desainerpelbagai designer seperti Cartier, Christian Dior, Fendi, Ferragamo, Franck Muller, Gucci, Hugo Boss, Max Mara, Miu Miu, Omega,  Prada, Ralph Lauren, Tiffany & Co. dan banyak lagi..


Rugi kalau datang Singapore tak tengok pemandangan indah macam ni. Rakamkan memori indah sebagai kenangan perbadi..
*********************************

Mustafa Centre

Inilah pusat perbelanjaan di Singapura yang buka 24 jam. Mustafa Centre yang berada di Little India sememangnya memuaskan hati.



Berbeza di Chinatown yang tempatnya boleh di tawar, barang di Mustafa Centre harganya sudah dilabelkan. Mustafa Center ni ialah department store di campur dengan supermarket.


Mustafa Center tak pernah tak ramai orang, ramai siang dan malam hari, kerana tempat shopping ini menyediakan banyak produk untuk dijual. Macam2 ada seperti pakaian, perfume, souvenir, elektronik, make up, hingga makanan. Chocolate!!

Cara untuk ke Mustafa Centre


1.Naik MRT jalur ungu ke Farrer Park Station (N8). Keluar lewat Exit G, di seberang jalan akan terlihat Singapore Turf Club, saat kamu menghadap gedung ini jalan kaki ke arah kanan dan jalan sekitar 100 meter di Rangoon Road ini sampai ketemu traffic light (Serangoon Road
2.Dari traffic light, belok kanan dan jalan satu blok sampai jumpa Serangoon Plaza di sebelah kiri, kemudian masuk ke jalan di tepi plaza ini, dan nanti akan jumpa Syed Alwi Road, tempat Mustafa Centre berada.





**************************

Bugis Street


Kalau di Malaysia pula korang mengenali Masjid JamekKalau di Jakarta korang mengenali Mangga Dua,  kawasan serupa juga boleh ditemui ketika travel ke Singapura, ialah Bugis Street  Inilah kawasan yang wajib dikunjungi para pelancong.



Banyak barang menarik yang dijual di kawasan ini dengan harga murah, seperti pakaian, accessories, makanan dan lain2. Berbeza dengan Mangga Dua yang berada di dalam ruangan aircond, Bugis Street hanyalah nama sebuah jalan tanpa air cond. Jadi silalah bersiap sedia dan confirm berpeluh ketiak, sebab orang ramai dan bahang panas


Bugis Street ini boleh dikunjungi hanya pd hari Isnin - Sabtu, iaitu pada pukul 09.00am -6.00pm.

Cara untuk ke Bugis:
Naik MRT jalur ungu, dan turun di Bugis Station.



LAIN-LAIN


Antara tempat-tempat menarik yang dicadangkan untuk pergi ketika korang bercuti di Singapore ialah :-


*ada link yg penah nanie share my experience*
Click entry ini tentang semua cerita nanie di Singapore *ohhh my hometown*

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails